Thursday 11 August 2011

Tentang Pokok

pokok bergoyang lagi,
memberi maksud adanya angin yang menghembus,
atau terdapat burung-burung yang hinggap di dahannya,
atau wujudnya binatang-binatang yang memanjat pokok itu,
semuanya mampu untuk menggoyangkan pokok,
masakan pokok akan bergoyang tanpa penyebabnya?

tidak kiralah apapun,
jikaku mampu menenangkan pokok itu,
sudah pasti aku lakukan,
agar pokok itu tidak bergoyang,
tidak lagi gundah,
memikirkan andai dirinya tercabut,
dek kerana terlalu hebat goncangannya.

bertenanglah wahai pokok,
bukan hanya dikau yang terima penangan itu,
usah dikau gelisah memikirkannya,
biarkan ia berlalu seperti angin,
angin yang lembut menampar bumi,
tamparannya bukan untuk menghukum,
tetapi untuk menyerikan lagi bumi Allah ini.