Thursday 10 November 2011

Hargailah Sekelilingmu...

Lihatlah sekeliling,
Ada apa di sana?
Lihatlah dengan mata hati,
Fahami dengan perasaan suci,
Apakah kemungkinan yang bakal terdedah?

Jangan terlalu egois,
Mampu menolakmu jatuh merudum,
Menimbulkan duri yang menyucuk-nyucuk,
Diri sendiri yang menderita,
Jangan pula nak menyesal,
Dengan ketiadaan kisah yang menarik.

Lihatlah di sana,
Masih ramai yang ada,
Untuk memberi sokongan,
Terus menjalani dengan semangat membara,
Tanpa sekelumit pun,
Perasaan hasad dengki.

Buangkan segalanya,
Yang mampu memusnah talian persahabatan,
Demi mendapatkan ukhuwah yang diredhai,
Ukhuwah yang terjalin harus di jaga,
Agar tidak terputus di tengah jalan,
Hargailah sekelilingmu!

Sunday 6 November 2011

Hari Yang Tidak Ku Suka

Hari itu tiba lagi,
aku mula rasa rimas,
tapi apakan daya,
dia tiba tanpa diundang.

Apa yang boleh aku lakukan,
hanyalah melayan,
tiada adab apabila menghalau tetamu,
harus di layan dengan baik.

Akan tetapi,
apabila aku melayan ia,
aku sudah tidak memikirkan keadaan sekeliling,
ini tidak seharusnya berlaku.

Namun apa dayaku,
hanya mampu memohon maaf,
daripada sekeliling yang aku tidak endahkan,
hanya mengharapkan kemaafan yang mampu.

Kelihatan hujan mendatang,
walaupun hari kecerahan,
tiada mendung yang memberi klu,
kecerahan tidak menjamin apa-apa.

Friday 7 October 2011

sesuatu yang berharga

resah gelisah ,
agaknya kerana sudah terbiasa , 
apabila tiba-tiba yang terbiasa itu terhapus ,
wujudlah resah gelisah ini .

disebabkan itu ,
munculnya peluang yang bersinar bak mutiara ,
telah aku guna habis-habisan,
demi minimumkan resah itu tadi sedikit demi sedikit.

akan tetapi , 
semua itu seperti asing , 
rasa agak kekok dengan benda yang terbiasa itu ,
Ya Tuhan, sungguh aku xsanggup kehilangan ,
sesuatu yang amat berharga ini .

tolong ,
jangan hapuskan ,
jangan kurangkan ,
jangan hilangkan ,
aku berharap tanpa harapan yang menggunung ,
cukuplah sekadar harapan yang membukit ,
semuanya adalah kerana tidak mahu ia patah ,
patahnya yang akan merosakkan ,
merosakkan setiap sudut yang amat manja .

Thursday 1 September 2011

siapa kamu?

ada apa dengan kamu?
tiada apa-apa yang istimewa,
hanyalah insan biasa,
tidak layak untuk menjadi yang teristimewa.

kamu sedarlah,
semua ini hanya duniawi semata-mata,
yang akan lenyap suatu hari nanti,
tak semua akan kekal abadi.

kamu,
hanya tahu memberikan nasihat kepada orang,
diri sendiri???
tidaklah sekuat mana,
hanya ada satu yang menjadi teman setia,
apakah???
kamu amat mengetahuinya.

kamu perlu berubah!

kamu tidak perlu untuk itu,
jangan mudah terpengaruh.


Thursday 11 August 2011

Tentang Pokok

pokok bergoyang lagi,
memberi maksud adanya angin yang menghembus,
atau terdapat burung-burung yang hinggap di dahannya,
atau wujudnya binatang-binatang yang memanjat pokok itu,
semuanya mampu untuk menggoyangkan pokok,
masakan pokok akan bergoyang tanpa penyebabnya?

tidak kiralah apapun,
jikaku mampu menenangkan pokok itu,
sudah pasti aku lakukan,
agar pokok itu tidak bergoyang,
tidak lagi gundah,
memikirkan andai dirinya tercabut,
dek kerana terlalu hebat goncangannya.

bertenanglah wahai pokok,
bukan hanya dikau yang terima penangan itu,
usah dikau gelisah memikirkannya,
biarkan ia berlalu seperti angin,
angin yang lembut menampar bumi,
tamparannya bukan untuk menghukum,
tetapi untuk menyerikan lagi bumi Allah ini.

Tuesday 19 July 2011

sungguh!tidak ku duga

dari sehelai kertas,
pena menari-nari,
tarian apa yang ditarikan????
tarian sastera alam kayangan,
apakah itu??
sebuah rahsia yang menyingkap peribadi.

tidak ku duga,
di tengah-tengah kemuncak tarian,
ia datang,
tanpa sempat ku menahan,
kedengaran bunyi yang amat aku anti,
puk! oh bunyi ini,
sangat tidak digemari,
ku toleh ke arah kiri tanganku,
cisss!!!! berani kau cicak!
tiadakah tandas terbina untukmu?

ahahahahaahahahahahahaha

Friday 8 July 2011

apa boleh buat

tidakku tahu kenapa,
terasa gelas itu retak,
mahu dibuangkah?
atau disimpan sebagai koleksi?
mahu diguna tidak boleh,
apa lagi yang boleh dibuat sama gelas itu?
apakah?
bagaimana?
mahu digam?

mutiara jernih turun lagi,
seperti yang dilalui saban malam,
ketika semuanya beradu,
mutiara jernih ini pula mula terjun,
entah kenapa,
anak panah yang mana menyucuk-nyucuk,
terasa amat pedih,
saban malam ia menyerang.

Wednesday 6 July 2011

Teruskan....

tika mata aku penat berkeliaran,
mataku tersorot ke arah pepohon,
terlihat buah-buahan yang mula masak ranum,
musim buah kembali menjelma,
kelihatan di sana sini berteraburan,
insan-insan mula menjamah keenakannya,
begitupun,
musim itu tidak selalu kekal,
akan muncul musim lain setelah musim buah berlalu.

tika jari-jemariku penat menulis,
jari-jemariku mula berhenti melakukan tugas,
berehat bersendirian di situ,
setelah hilangnya penat,
barulah menyambung kembali kerja yang bertangguh,
tidak pula menulis benda yang sama.

tika kakiku semakin perlahan langkahnya,
aku duduk untuk menghilangkan lenguhnya,
setelah hilang lenguh,
teruskan perjalanan destinasi dituju,
bukannya mengundurkan perjalanan.

Thursday 30 June 2011

Oh Kenangan :)

mindaku berlari-lari,
ingin memuntahkan segala isi,
yang diterjemahkan oleh jari-jemari,
bersenam-senam penaku ini.

semuanya datang kebetulan saja,
tidak diduga,
tidak juga disangka,
semua aku belasah saja.

tersedu-sedan hatiku,
tatkala ingatan diterjah,
kenangan bersama-sama sahabat,
kupahatkan ke dalam jiwa.

Wednesday 29 June 2011

Gemuruh

sedangku termenung,
kenangan lalu menjengah mindaku,
berlari-lari menerjah fikiran,
oh indahnya!


masih ku terbayang,
betapa hatiku berdetak kuat!
darahku gemuruh semangat membara waja,
seakan berada di kolam renang kerana sejuk dan semangatku.


ingin aku berada di gelanggang itu lagi,
namun tak mungkin pisang berbuah dua kali,
apa yang mampu hanyalah berangan-angan,
namun bukanlah angan-angan mat jenin.

Tuesday 28 June 2011

Tak Patut

apabila terlihatnya semut,
teringat pula kepada yang manis,
terbayang pula si madu,
namun madu dibuang,
setelah sepah diambil.


apabila terlihatnya awan mendung,
terasa hujan mahu turun,
terus diangkat kain jemuran,
namun hujan yang disangka akan turun,
rupa-rupanya hanya mendung.


apabila terlihatnya makanan,
teringin pulak nak makan,
namun setelah di beli,
membazir pulak.

ada apa?

cuba lihat sekelilingmu,
apakah yang terdapat di sekelilingmu?
adakah gula semata-mata?
garam?cili?cuka?
oh tidak! semuanya ada,
asam,durian,manggis,
cukup lengkap,
jadi kenapa?
kenapa hanya ada manis semata-mata?
tidak ingatkah kepada ubat,telur masin dan lain-lain?
renung-renungkan dan selamat berfikir! 

Monday 27 June 2011

Lautan Yang Sesak?

aku tiada apa-apa,
sebatang pokok tiada berdaun,
tiada berbunga berbuah apatah lagi,
tegak berdiri di tengah-tengah lautan,
lautan yang sarat dengan hidupan,
sesak,
aku kesesakan,
tiada yang dapat membantu,
membantu aku untuk mengurangkan kesesakan ini,
yang aku mampu,
hanyalah,
berterusan merindui,
ya! merindui yang berada di kejauhan,
jauhnya tidak dapat ku capai,
dekatnya jua terasa jauh,
adakah benar aku tidak layak?
untuk terus hidup di lautan itu?
adakah kerana terlalu sesak lautan itu?

Sunday 26 June 2011

Kehidupan

aku kelelahan,
meredah gunung berapi,
merentas lautan beku,
melilau di pertengahan bahtera,
kenapa perlunya aku untuk melakukan semua itu?
oh itu adalah kerana namanya kehidupan!


akar-akar semakin membelit,
pepohon semakin merendang,
pondok-pondok usang semakin merudum,
walau apapun berlaku,
ku tetap pasrah,
perlu meneruskan dengan apa yang ada,
mencari-cari untuk menambahkan lagi,
untuk bekalan masa hadapan.

Friday 24 June 2011

Aku Diriku

aku hanyalah aku,
sekadar insan yang biasa,
tiada keistimewaan yang terserlah,
semuanya hanya biasa.
hanyalah aku.


aku hanyalah aku,
jangan mengharapkan,
bunga raflesia tumbuh di tamanku,
jika tidak akan timbul sebuah kekecewaan,
kekecewaan yang melanda itu seperti guruh berdentum,
mahukah kau?


aku hanyalah aku,
mana mungkin aku bisa jadi sepertimu,
menjadi diri sendiri,
lebih bagus daripada menjadi orang lain,
tetapi,
apakah kau tahu diriku ini?


aku hanyalah aku,
yang selalu menyimpan sebuah kotak hitam,
di dalam seatu benda yang kau tidak mungkin tahu,
apakah itu?


aku hanyalah aku,
yang sentiasa menjadikan kau sebagai "katakku",
sentiasa tercari-cari "katakku",
sentiasa ceria apabila "katakku" "muncul",
tahukah kau?


aku hanyalah aku,
yang sentiasa memaafkan diri kau,
walaupun sukar untuk aku menelan akar,
namun,
aku tetapkan jadikan kau "katakku",
kerana kau amat istimewa,
tahukah kau?


aku hanyalah aku,
yang bisa membuatkan kau,
jatuh daripada gunung yang rendah,
yang bisa membuatkan kau,
tenggelam dalam air yang cetek,
yang bisa membuatkan kau,
sesak di ruang yang nyaman.
yang ku pohon hanyalah kemaafan,
terimakah kau?

Bukan Sempurna

darahku gemuruh,
berlari-lari sepantas yang mungkin,
begitu cepat,
tanpa sempat aku menahan,
sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna,
tolong berkepit denganku,
bagai aur dengan tebing,
barulah kau tahu diriku ini,
putih atau merah.

Rantingku

kumencari,
di manakah ranting pokokku,
yang akan mengembangkan lagi pokokku,
yang akan dijadikan tempat berteduhnya makhluk-makhluk,
namun,
setelah ku teliti,
rupa-rupanya rantingku itu,
rebah berduka bersendirian,
ingin sekali aku menyoal,
apakah sebabnya rantingku itu berduka mencium tanah,
namun apalah kuasaku,
tiada butir percakapan yang terkeluar dariku,
aku buntu,
ingin aku meringankan bahunya,
apa yang aku boleh buat,
hanyalah sekadar merenung kosong tanpa lagu yang mempersonakan pepohon

Thursday 23 June 2011

Kedamaian

aku hanya ingin berterbangan di udara,
aku ingin berenang-renang di dasar kehidupan,
burung-burung menyanyi dan menari,
unggas-unggas berkaraoke,
oh indahnya taman yang damai,
ingin sekali aku menyertai mereka,
namun apa daya,
terpaksa jua aku meredah onak-onak duri yang tiada berduri..