Sunday 25 November 2012

Ukhuwah Yang Terbina

Pabila dongak ke langit,
terasa diri begitu kecil,
betapa luasnya dunia,
untuk menaklukinya?
mampukah kita?

Laman sosial telah menemukan kita,
lain negeri tidak manjadi halangan,
ukhuwah yang terbina dengan ikhlas,
telah mencantumkan hati kita semua,
Ya Allah betapa kumensyukuri nikmat ini,
Engkau telah memberikan aku peluang,
untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.

Sesungguhnya bunga mempunyai pelbagai jenis,
namun tidak semuanya sama warna,
hanya berpegang kepada persamaan spesies,
itulah kita dapat apabila kita keluar untuk melihat dunia,
dapat kenal yang sebenar setelah hanya mengenali di dalam laman sosial.

Walau jauh tetap ku gagah,
walau dekat tetap ku rapatkan,
walau sedih tetap perlu berpisah,
walau berpisah namun bukan untuk selamanya,
InsyaAllah.


Wednesday 25 April 2012

Peluang Yang Ada Berlalu Begitu Sahaja

Tidak semua bertuah,
sehinggakan peluang selalu merapatinya,
auta jikalau ada yang mengatakan,
peluang itu selalu di tepi,
hanya menunggu untuk dikutip,
tidak benar sama sekali!

Peluang yang datang tidak bergolek,
harus digunakan sebaik mungkin,
namun kekangan masa menghadkan kita,
telah mematahkan seribu harapan,
memporak-perandakan hati yang kecil.



Namun fahamilah jiwa,
peluang itu tidak disengajakan berlalu seperti angin,
mempunyai seribu alasan tertentu,
yang hanya sebelah pihak memahaminya.

Manusia hanyalah insan yang lemah,
yang tidak sempurna,
sering melakukan kekhilafan,
namun manusia mempunyai deria rasa,
yang mampu merasa kepahitan,
kepahitan sejumlah rasa.

Thursday 5 April 2012

Kosong

Terlihat diriku,
ke arah sesuatu dengan penuh keasyikan,
entah apa yang kulihat,
terleka aku seketika,
terhanyut aku di lautan sendiri,
terdaki aku di gunung khayalanku,
terlena aku dalam tidur yang dibuat-buat.

Pandanganku masih di sana,
tanpa berkelip mataku terus-terusan memandang,
tidak menghiraukan keadaan sekeliling,
walau di acah dan di tampar-tampar,
oleh sang angin yang mengganas,
wajahku statik tidak bergerak.



Sesungguhnya,
pandangan yang aku lontarkan,
adalah ke arah kekosongan,
kekosongan yang menjadi tatapan aku,
tatapan mata yang tidak jemu-jemu,
fikiran melayang-layang berterbangan,
terbangnya melilau kawasan yang kosong.

Kosong,
kosong pemandangan,
kosong pemikiran,
kosong butiran,
kosong perasaan,
aku dalam dilema kekosongan,
dilema yang direka,
kekosongan yang direkacipta,
menciplak segala yang bergantung kepada kekosongan.

Saturday 31 March 2012

Tawar Setawar-tawarnya

Siapa dia?
Masa yang bakal datang,
Juga masa yang telah lepas,
Semuanya berkaitan dengan masa,
Masa itu emas,
Selagi ia masih emas tidak mengapa,
Tetapi sekarang bukan lagi emas kerana emas sudah boleh dimiliki oleh sesiapa,
Sudah ditukar kepada,
Masa itu diibaratkan sebilah pisau yang kedua matanya tajam,
Sesiapa yang pandai menggunakannya InsyaAllah tidak lukalah jarinya.

Perkenalan tidak berdasarkan masa,
Akan tetapi sebanyak manakah dia mengenali antara satu sama lain?
Itulah persoalan yang selalu bermain di minda sesiapa sahaja,
Tetapi jangan disangka yang kita nampak,
Kerana yang nampak itu hanya zahir.


Tawar,
Semakin tawar garam ini,
Setawar-tawar garam manis lagi gula,
Semanis-manis gula pahit lagi peria,
Akan tetapi semuanya tawar bagiku,

Malas,
Sudah malas rasanya,
Untuk melayani si dia,
Si dia yang tidak diundang,
Iaitu pemikiran yang hiperbola,
Atau pemikiran yang tidak patut digunakan?
Mungkin juga terlalu negatif?
Tidak mustahil ia terlalu positif yang hanya pasrah,
Pasrah atas segalanya yang berlaku.

Patutkah?
Atau terlalu kejam?
Ah biarkan saja.
Tawar rasanya.